CinTaku AnuGerah TerinDAh

Sunday, October 4, 2009

sahabat...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
 sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita
rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi
 dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
 Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita,
 dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya
 mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
 kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala
 rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
 kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin
dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
 menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
 seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa
lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
 masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga
seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih
dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
 diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
 kita akan tahu.
Renungilah.......

No comments: