CinTaku AnuGerah TerinDAh

Tuesday, October 6, 2009

gadis...


seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta
halus kulit.. manis tuturnya
lentur hati
telus wajahnya
setelus rasa membisik di jiwa
di matanya cahaya
dalamnya ada air
sehangat cinta
sejernih suka
sedalam duka
ceritera hidupnya

seorang gadis itu
hatinya penuh manja
penuh cinta.. sayang semuanya
cinta untuk diberi
cinta untuk dirasa 

namun manjanya
bukan untuk semua
bukan lemah
atau kelemahan dunia
ia bisa kuat
bisa jadi tabah
bisa ampuh menyokong
pahlawan pahlawan dunia

begitu unik tercipta
lembutnya bukan lemah
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah

seorang gadis itu
teman yang setia
buat Adam dialah Hawa
tetap di sini
dari indahnya jannah
hatta ke medan dunia
hingga kembali mengecap nikmatNya

seorang gadis itu
bisa seteguh Khadijah
yang suci hatinya
tabah dan tenang sikapnya
teman ar-Rasul
pengubat duka dan laranya

bijaksana ia
menyimpan ílmu
si teman bicara
dialah Áishah
penyeri taman Rasulullah
dialah Hafsah
penyimpan mashaf pertama kalamullah

seorang gadis itu
bisa setabah Maryam
meski dicaci meski dikeji
itu hanya cerca manusia
namun sucinya ALLah memuji

seperti Fatimah kudusnya
meniti hidup seadanya
puteri Rasulullah
kesayangan ayahanda
suaminya si panglima agama
di belakangnya dialah pelita
cahya penerang segenap rumahnya
ummi tersayang cucunda Baginda

bisa dia segagah Nailah
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah
meski akhirnya bermandi darah
meski akhirnya khalifah rebah
syaheed menyahut panggilan Allah

seorang gadis itu
perlu ada yang membela
agar ia terdidik jiwa
agar ia terpelihara

dengan kenal Rabbnya
dengan cinta Rasulnya
dengan yakin Deennya
dengan teguh áqidahnya
dengan utuh cinta yang terutama
Allah jua RasulNya
dalam ketaatan penuh setia
pemelihara maruah dirinya
agama.. keluarga dan ummahnya

seorang gadis itu
melenturnya perlu kasih sayang
membentuknya perlu kebijaksanaan
kesabaran dan kemaafan
keyakinan dan penghargaan
tanpa jemu dan tanpa bosan
memimpin tangan.. menunjuk jalan

seorang gadis itu
yang hidup di alaf ini
gadis akhir zaman
era hidup perlu berdikari

dirinya terancam dek fitnah
sucinya perlu tabah
cintanya tak boleh berubah
tak bisa terpadam dek helah
dek keliru fikir jiwanya
kerna dihambur ucapkata nista
hanya kerana dunia memperdaya

kerna seorang gadis itu
yang hidup di zaman ini
perlu teguh kakinya
mantap iman mengunci jiwanya
dari lemah dan kalah
dalam pertarungan yang lama
dari rebah dan salah
dalam perjalanan mengenali Tuhannya
dalam perjuangan menggapai cinta
nikmat hakiki seorang hamba
dari Tuhan yang menciptakan
dari Tuhan yang mengurniakan
seorang gadis itu
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu
tinggallah di dunia
sebagai ábidah
daíyah dan mujahidah
pejuang ummah
anak ummi dan ayah
muslimah yang solehah

kelak jadi ibu
membentuk anak anak ummah
rumahnya taman ilmu
taman budi dan ma'rifatullah

seorang gadis itu
moga akan pulang
dalam cinta dan dalam sayang
redha dalam keredhaan
Tuhan yang menentukan
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

moga ar-Rahman melindungi
merahmati dan merestui
perjalanan seorang gadis itu
menuju cintaNya yang ABADI!


Monday, October 5, 2009

DULU-DULU


org-org yang ada dalam gambar inilah clasmates aku masa aku form 1, lama dah ni...
dulu suma muka budak-budak,sekarang suma dah besar... tapi tak banyak berubah...
ada yang kat malaysia dan ada yang dah terbang jauh merantau ke negeri orang...
to all of you, hope you all hepi with your life now..

Sunday, October 4, 2009

sahabat...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
 sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita
rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi
 dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
 Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita,
 dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya
 mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
 kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala
 rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
 kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin
dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
 menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
 seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa
lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
 masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga
seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih
dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
 diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
 kita akan tahu.
Renungilah.......

cinta langit dan laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sukanya langit terhadap warna langit sama dengan warna laut.Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `aku cinta padamu’ ke telinga langit.
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu  malu,wajahnya kemerah-merahan. 
Suatu hari datang awan….
Begitu melihat kecantikkan si langit awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan bersedih namun tidak putus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal.
Awam mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah antara langit dan laut, menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombang laut berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya. Tetapi tentu saja tidak berhasil. Lalu datanglah angin sejak dahulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin
harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi untuk berusaha mengungkap perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat dimana mereka menjalin kasih.

Setiap kali memandang ke hujung laut, dimana ada satu garisan di antara laut dan langit, disitulah mereka sedang berpacaran…



Saturday, October 3, 2009

baru-baru lagi...

dah lama wat akaun blog ni...
tapi ni la baru ada masa nak try, cuba, dan test buat
harap-harap kandungan blog ni ada la memberi manfaat kpd or lain..